Blogger Templates

Sunday 27 May 2012


08 March 2011 Jangan keluar rumah waktu SENJA: Waktu JIN berkeliaran! Nabi Muhammad saw menyuruh kita 'mengurung' anak2 kita di dalam rumah pada waktu senja kerana bimbang diganggu oleh jin dan syaitan! Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [HR Bukhari] Asslamualaikum semua... Tahukah anda???? Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin, dan waktu pagi kita adalah waktu 'senja' jin... Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya! Ada beberapa waktu yang sangat kritikal yang mana jin sangat suka berkeliaran... Antaranya: Waktu yang paling disukai jin adalah waktu SENJA... Waktu ini jin berkeliaran mencari mangsa... Sebab itulah: 1) Pesakit gangguan sihir tidak digalakkan keluar pada waktu ini.. Duduk saja di rumah pada waktu ini. Keluar berjalan2 di luar rumah pada waktu ini menyebabkan pesakit gangguan sihir bertambah kritikal! 2) Anak2 kecil hendaklah diperambat balik ke rumah.. bukan dibiarkan berkeliaran dan dibawa berjalan2 di pasar malam @ pasar senja... Nabi saw menyuruh ibu bapa 'mengurung' anak2 di dalam pada waktu senja kerana jin dan syaitan suka mengganggu anak2 kecil pada waktu senja... JADI: Jangan salahkan sesiapa jika anak anda menangis malam dua minggu berturut2 jika yang menyebabkan anak anda menjadi begitu adalah anda sendiri sebagai akibat dari membawa mereka keluar rumah pada waktu SENJA'; berjalan di pasar malam.... Ada beberapa waktu lagi yang menjadi waktu faveret jin untuk keluar: -waktu Magrib- malam menjelang -di tengah malam -masuk ke rumah yang sudah lama ditinggalkan -ketika berubat dengan bomoh -bersangatan marah -melalui jalan sunyi -terdengar bunyi binatang-himar -sewaktu hubungan seks yang tidak dimulai doa Oleh itu berhati2 dan berwaspadalah pada waktu2 ini!!!

>so, cuti ni enjoy-enjoy juga, tapi pesan nabi jangan lupa ya..

Friday 27 April 2012

bismillahirrahmanirrahim..

pada tanggal 13 April 2012, pihak MATRI bahagian puteri telah mengadakan MAKDIS iaitu MAlam Kesedaran Dunia Islam bertempat di dataran Aspuri. pada malam itu diadakan persembahan lakonan tingkatan 1,2,3,4 dan 5 dan pertandingan berbahas pantun tingkatan 2 dan 4. 

lakonan kami adalah yang ketiga.. bak kata orang ramai, lakonan tingkatan tiga adalah ganas, kasar, kejam, selekeh dsb B).. pada 16 April 2012 pula iaitu hari Isnin di atas musolla MATRI waktu perhimpunan, telah diumumkan pemenang-pemenang bagi pertandingan2 yang dianjurkan.

tingkatan tiga (kmi ler tue) memenangi JOHAN lakonan, dan pencapaian2 lain spt poster, sajak dll.






apa-apa pun, semoga usaha kita dirahmati Allah..


untuk post kali ni, na show hasill tangan kengkawan kita dalam pertandingan mencipta logo form untuk blog ni..

insyallah, ini pemenang kita, tahniah Nurfatin Amira Sofia!

nurhanani 

arwa

nurul farhah

siti fatimah

Tuesday 15 November 2011

Di manakah sahibah2 RU20????..

                                          sudah hanyut dek arus jahiliyah ka???..(tercari-cari)


mn nie..saper yg jarang sesgt dtg ke blog form tpi selalu jek on9 fb??
            saper yg selalu update blog nie ataupon teringin nk update blog nie tpi x trupdate pon..hehe


            saper yg x dpt agi email dan password blog form nie..??

      bg sesaper yg dh dpt email dan password blog form nie dan nk update..x salah
     cuma update laa bende yg brmanfaat..xpon bkn bende yg seperti berikut::
                           1.yg mengandungi unsur2:
                                      *lucah

                                      *dengki
                                      *x syari'e
                           2.yg blh menyakitkn hati seseorg individu itu
                           3.yg mnjatuhkan maruah diri atau org lain
                           4. yg nk kutuk2 org len..
    bg sesaper yg nk buat bende2 diatas..x payah laa sesusah nk susahkn diri nk taip ekk..

    okeyh wahai sahibah2 ku yg dikasihi sekalian...marilah kita meriahkan blog form dgn kekreatifan2 kite2 nie..keyh?!

fynne say" aq tgk blog nie dh brsawang..aq pon tulis laa entry nie..haha"

Saturday 27 August 2011

Syangkah Engkau Padaku

"Kan banyak kerja dekat pekan tu. Pegi la apply," aku terdiam mendengar kata yang diucapkan oleh satu-satunya adikku itu.


Sejujurnya aku terasa hati. Adikku sayang. Bosankah engkau kerana sering melihatku di rumah kita yang tidak seberapa ini? Bosankah lidahmu menjamah masakanku setiap pagi, tengah hari, dan malam? Adakah aku menyemak di dalam hidupmu?


Aku tersengih lantas menjauhkan diri darinya. Abang cuma diam membisu. Tidakkah engkau ingin mengatakan sesuatu untuk membelaku wahai abang?


Adikku, apakah dirimu bosan mendengar nasihatku? Ku harap dirimu menjadi matang. Apabila di suruh ibu, engkau berpura-pura tidur lantas berpura-pura itu menjadi benar. Engkau benar-benar tidur. Akhirnya, aku yang mengerjakan apa yang di suruh ibu.






Aku tidak merungut dik. Tapi sejujurnya aku kecewa dengan sikapmu. Aku berusaha memahami dirimu sehinggalah bila engkau melukai hatiku, aku tidak akan membalas. Pernah berkali-kali ibu memintamu mengangkat sebaldi air untukku tetapi tidak engkau laksanakan. Tak mengapa dik, ia telah berlalu dan aku juga tidak mengharap padamu ketika itu. Lalu dengan bersusah payah diriku memaksa kakiku yang bengkak melangkah mengangkat sebaldi air kerana sudah dua hari diri ini tidak mandi.


Adikku sayang, engkau dengan malu-malunya menerima wang RM50.00 dariku. Aku tersengih. Beberapa minggu kemudian, engkau dengan malu-malu meminjam lagi RM50.00. Engkau berjanji akan membayarnya bila mendapat biasiswa nanti. Aku tersenyum lagi. Ku tahu benar sikapmu sayang. Dalam hati aku menghalalkan wang itu. Padaku, apalah nilainya sekeping kertas yang tertera "RM 50.00"  itu dibanding dengan dirimu. Kita hidup bersama hampir 18 tahun. Duit itu baru singgah beberapa hari dalam hidupku. Tak mengapa dik. Engkau gunalah wang itu untuk membeli top up dan sebagai tambang pulang dari sekolah. Walaupun aku sebenarnya mengharap dirimu membeli buku latih tubi yang harganya engkau juga tahu ianya lebih murah dari top up RM 5.00 itu.


Adikku, jangan bersedih. Engkau tidak buruk pada pandangan mataku. Cuma diri ini sedikit kecewa. Engkau mempunyai paras yang kacak, sopan tutur bicara dengan orang tua selain dari ibu kita yang telah tua dan kurus tubuhnya itu. Aku kecewa kerana sikapmu itu tidak engkau kekalkan di rumah. Padahal kami lebih memerlukan sikapmu itu.


Adikku, dua tahun lalu diri ini melanjutkan pelajaran ke IPTS. Apabila diri ini pulang bercuti atau pulang kerana menguruskan pinjaman, terkadang ibu tiada di rumah. Ibu ke kebun seorang diri tanpa di temani sesiapa. Betapa pilu hatiku.


Satu hari aku ke hutan mencari orkid dengan ibu untuk di jual di pasar. Ibu luahkan segala-galanya. Air mataku hampir menitik. Tapi aku kuatkan semangat. Tak mungkin ku tunjukkan air mata ini di hadapanmu ibu. Aku tak mahu engkau menyesal menceritakan semua itu kepadaku.


Aku melihat ada riak-riak kecewa pada raut muka ibu. Ibu kata kakak begitu begini. Ibu kata abang begitu begini. Mereka semua menghalang ibu masuk ke hutan dan pergi ke kebun untuk mengorek halia. Jangan risau adikku, ibu tidak menyebut dirimu. Bukan kerana engkau membantu ibu. Tapi engkau tinggal di asrama ketika itu.


Ibu berkata lagi, "Diorang tak suruh ibu pegi kebun, suruh duduk rumah je. Tapi kenapa diorang tak pergi kebun? Kenapa tak temankan ibu ke kebun?"


Aku terdiam. Cuba menahan air mata. Adikku, bayangkanlah kekecewaan ibu. Ibu menyambung bicaranya, "Diorang tak fikir ke kalau ibu duduk rumah je, diorang nak makan apa? Pandai cakap je tapi taknak tolong."


Aku tidak sanggup melihat ibu berterusan begitu. Lalu aku mengubah topik. Aku cuba membuat lawak. Aku tahu ibu memaksa tawanya berderai. Di hutan itu aku dan ibu memakan bekal nasi putih dengan ikan masin. Jangan menangis dik. Cerita ini ku tulis bukan untuk mengalirkan air matamu.


Dik, banyak lagi perbualan antara aku dan ibu di dalam hutan sana. Tapi aku tidak mahu mendedahkannya lagi. Bimbang engkau akan mengambil keputusan seperti diriku.

Bulan sudah engkau mengatakan abang long menyuruhmu memasuki Tingkatan Enam Rendah. Tawaran itu juga pernah diberikan kepadaku setelah aku mengambil keputusan untuk berhenti dari kolej. Abang long kata, dia akan tanggung pembelajaranku. Katanya, masuk dekat sekolah swasta dulu sebelum tukar sekolah kerajaan. Tetapi aku menolak.




Adikku, aku tidak mahu menanyakan soalan itu. Tapi kerana tidak ada apa lagi yang hendak di bicarakan aku bertanya juga.

"Dia kata jangan jadi macam saya kan?"


"Iya" jawabnya ringkas sambil tersengih. Ah, engkau memang selalu tersengih. Aku juga begitu sebenarnya.


Biarlah. Mereka tidak tahu apa yang aku fikirkan. Aku juga tidak mahu mereka memikirkannya. Cukuplah Allah sahaja yang tahu.


Adikku, pada suatu petang semasa berada di dalam kebun mak berkata, "Kita kena pulang awal. Mak tak tahan lagi." Aku cemas. Aku melihat mak memang tidak berdaya lagi. Lututnya terketar-ketar. Bibirnya pucat. Mak memegang dahinya. Aku tahu ibu pening. Aku bergegas mengumpul semua halia.


Aku tidak pernah menceritakan ini kepada sesiapa adikku. Tapi untuk menyara kita sekeluarga ibu sanggup melawan segalanya. Ku kira setelah itu pasti kami akan bergegas ke jalan besar yang hampir empat kilometer jauhnya. Jangkaan ku meleset dik. Ibu singgah sekejap di ladang getah makcik untuk mengutip paku pakis yang hidup subur. Engkau pun tahu keadaan jalan ke kebun bagaimana. Melalui bukit-bukau dan sebagainya. Jika ku punya badan besar dan empat tangan seperti di dalam kartun Ben 10 pasti akan ku dukung ibu dan tangan yang lain menjinjing karung yang berisi halia dan hasil hutan yang lain. Waktu itu hatiku mengumpat abang kita dik.


Dik, akhirnya kami sampai di rumah dengan selamat. Selalunya ibu ku kira akan terus berehat seperti diriku. Tapi engkau juga tahu sikap ibu bagaimana. Ibu ke nurseri pokok buah-buahan milik abang. Engkau tahu hasil dari nurseri itu tidak seberapa. Ibu memilih beberapa pokok buah-buahan untuk di jual di pasar esok. Aku malu bersenang-senang begitu dik. Lantas aku ke dapur. Aku sedikit kecewa melihat piring belum berbasuh dan nasi belum di masak. Aku geram lalu membiarkan sahaja begitu. Aku lalu turun membantu ibu. Walau sering membantu, aku masih tidak dapat menghafal harga setiap anak pokok itu.. Biarlah.. Memang begitu sikapku.. Aku jarang mengambil tahu jika ia bukan hak ku. Sebab itu aku jarang merasa kecewa. Kerana aku tahu tiada satu pun di dunia ini merupakan hak diriku. Dirimu juga ku pinjam dari Allah.



Malamnya setelah mengqadha solat, aku membantu ibu mencuci halia. Ibu tertawa melihatku membasuh halia seperti membasuh piring. Siap dengan menggunakan span sekali. Adikku, terkadang bila engkau pulang bercuti engkaulah yang di suruh ibu untuk mencucinya. Tetapi engkau hilang ke padang bola. Lalu aku tanpa sepatah kata mengambil alih tugasmu. Jarang sekali engkau menunaikan permintaan ibu. Apabila aku menegur, engkau hanya mendiamkan diri dan tidak lama kemudian engkau mula bergerak membuat kerja. Itu yang aku ingat tentang dirimu.


Seingatku, aku jarang sekali meninggikan suara kepadamu. Aku menegurmu dengan baik. Aku berusaha menjadi seseorang yang boleh engkau banggakan. Aku tahu, rakan-rakanmu cemburu melihatmu mempunyai saudara kandung seperti ku. Terkadang ku lihat mereka menghormatiku lebih dari mereka menghormati saudara mereka sendiri. Adikku, jangan risau. Aku bersyukur kerana engkau adikku.


Setelah solat subuh, aku menggagahkan diri menyiapkan sarapan untuk ibu. Aku juga menyediakan bekal air untuk ibu. Setelah itu aku mengangkat jualan ibu ke tepi jalan. Kalian pada waktu itu menyambung tidur setelah solat subuh. Terkadang abang yang seorang lagi membantuku. Kerana keletihan pada hari kelmarin, aku menyambung tidur.


Adikku, masihkah engkau ingin aku mencari kerja di luar sana? Adikku. Tidak mengapa jika engkau tidak menyedarinya. Aku juga tidak mahu engkau terhutang budi.


Adikku, selama diri ini membantu ibu menyara keluarga, diri ku insaf. Dulu aku juga sepertimu. Sering meminta wang. Tapi aku menggunakannya untuk mengisi perut. Beza antara aku dengan dirimu, dahulu aku belajar menggunakan apa yang ada. Seingatku aku hanya mempunyai beberapa buah buku rujukan milik sendiri. Yang lainnya adalah milik abang kita. Itupun formatnya telah tidak di gunakan lagi.. Aku belajar Bahasa Inggeris menggunakan buku MUET dan Level O. Padahal aku baru Tingkatan 5.


Kerana keadaan keluarga kita yang tidak seberapa, engkau memasuki asrama. Tetapi tidak lama kemudian engkau keluar dari asrama itu. Aku faham. Kerana aku juga pernah tinggal di sana. Mesti engkau penat dan sering tertidur di kelas. Aku menawarkan diri untuk membantumu belajar. Terutamanya Bahasa Inggeris. Tetapi engkau menolak. Jika engkau belajar di ruang tamu, aku menemanimu. Dalam fikiranku, kalau ada apa-apa pasti dia akan bertanya padaku. Semua orang telah tidur pada waktu itu. Hanya kita berdua yang berjaga. Aku membaca buku agama sambil mencuri-curi pandang padamu. Aku kecewa. Engkau leka melayan SMS. Aku menyuruhmu menghentikannya dan mengugut akan mengambil simcard. Engkau terdiam.


Beberapa hari kemudian aku melihatmu semakin menjauhkan diri daripada handphone. Aku gembira. Tetapi aku kasihan bila engkau mengatakan engkau menangis kerana rindu kepada teman wanitamu. Aku berlembut hati dan memberi kelonggaran sedikit. Boleh mesej tapi bukan selalu.


Bila SPM telah tiba, engkau tinggal di asrama. Aku kecewa. Kerana semasa engkau berada di rumah engkau selalu menolak khidmatku untuk mengajarmu. Aku bertambah kecewa apabila setiap kali mesej yang engkau kirim selama engkau di asrama bukan apa-apa. Cuma mesej meminta perkongsian kredit sebanyak RM 1.00. Terkadang aku memberi. Terkadang aku abaikan kerana tidak mahu engkau hanyut dengan cinta manusia itu. Kreditku juga diisi oleh seorang yang misteri. Seperti yang ku katakan tadi, aku tahu tiada satu pun yang menjadi hak ku di dunia ini. Jadi ku biarkan ia juga menjadi rezeki mu.


Adikku, aku kecewa lagi apabila keputusan SPM keluar. Tetapi aku lebih kecewa bila engkau tidak menjaga solatmu.


Sayang, suatu ketika dahulu sebelum abang kita memberimu handphone N95 itu engkau sering meminjam handphone ku yang tidak seberapa ini. Sehingga pada suatu hari handphone ini di masuki virus akibat aktiviti bluetooth-membluetooth yang engkau lakukan. Pada ketika itu handphone ku tiba-tiba tidak boleh berfungsi. Engkau takut separuh mati sehingga takut untuk memberitahuku. Apabila aku meminta handphone itu, engkau membawa ia ke sana dan ke sini. Engkau kira aku akan marah. Adikku, aku bukan mahu engkau takut padaku. Aku menyedari hal itu dan dengan tenang berkata "Biarkanlah handphone tu macam tu. Nanti dia ok lah jugak". Engkau menikus. Aku cuma tersengih. Padahal aku juga tidak tahu sampai bila ia akan terus berkeadaan begitu kerana semasa itu berlaku dulu, ia mengambil waktu berminggu-minggu untuk pulih. Alhamdulillah ianya tidak lama. Cuma sejam barangkali. Sentiasalah bersangka baik pada Allah.


Adikku, mungkin aku tidak sempurna. Aku merasa tidak berguna bila engkau dengan nada menyindir menyuruhku untuk mencari kerja. Aku merasa hormatmu padaku telah berkurangan. Adakah engkau malu pada teman-teman punya kakak yang hanya terperuk di rumah?


Adikku, tanpa diduga aku dipanggil untuk bekerja tidak lama selepas itu. Aku gembira. Ku kira inilah masanya untuk menjadi seperti apa yang kau inginkan. Adikku, tahukah engkau apa yang terjadi? Diri ini berjumpa dengan berbagai ragam manusia. Adikku, kerja di luar rumah itu tidak sesuai untuk diriku. Lalu aku berhenti kerja. Dan aku terkejut apabila engkau dan abang mengatakan aku telah berubah. Aku menjadi kasar dan biadap. Aku terkejut. Mungkin kerana pergaulan dengan teman-teman. Kerana kerja itu juga, Quran ku tidak terjaga. Mungkin kerana melihat perubahanku itu engkau tidak lagi bising soal kerja.





Adikku, dahulu aku juga ingin bekerja. Tapi aku risaukan ibu. Lalu aku ketepikan niat itu. Adikku, dahulu aku ingin membuat pinjaman untuk berniaga. Tetapi ibu membantah. Lalu aku mengalah. Adikku, dahulu aku ingin bercinta. Tetapi aku mencari lelaki yang baik dan serasi dengan dirimu. Jika engkau tidak suka, aku akan membiarkan ia pergi. Adikku, aku sayang padamu. Beberapa kali aku bertanya dengan nada bergurau, "Aku sayang engkau. Engkau sayang aku ke tak?" Engkau dengan selamba berkata "Tidak". Aku hanya tersengih.


Adikku, hari itu aku pening. Lalu berhenti sebentar di hadapan pintu sambil menyandarkan kepala. Engkau tersenyum-senyum lalu menggenggam kepalaku dengan kuat sekali. Setelah itu engkau hantuk-hantukkan ke pintu. Aku tahu engkau bergurau. Aku tidak dapat mengawal imbangan badan lagi. Lalu jatuh terkulai ke lantai. Semasa jatuh kepalaku terhantuk di sebuah kotak besi. Pandanganku gelap. Kepalaku sakit. Tolong jangan bergurau seperti itu lagi adikku.

Wednesday 17 August 2011

cara rasulullah saw menjalinkan persahabatan

Persahabatan Rasulullah S.A.W dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar." [Hadis riwayat al-Baihaqi]


Rasulullah S.A.W juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya: "Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu."

"Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah S.A.W juga telah menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya : Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan beriman Sabda Baginda bermaksud: "Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa." [Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi]

1) Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknya
Ibn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya." Sabda Baginda lagi : "Seseorang itu berada atas cara 
 hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya." [Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud]

 2) Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benar
Ubaidah Ibn As-Samit berkata: "Rasulullah S.A.W mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah." [Hadis riwayat Muslim]

 3) Membantu kawan ketika kesempitan
Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat." [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Begitulah antara saranan-saranan Rasulullah S.A.W kepada kita untuk memilih rakan yang benar-benar ikhlas dan baik untuk dijadikan teman. Sesungguhnya manusia sering lupa dan justeru itu punyai rakan yang baik serta sering mengingatkan kita kepada kebaikan dan mencegah kita daripada melakukan kemungkaran adalah merupaakan satu bonus untuk kita agar kita dapat menjadi insan yang benar-benar bertakwa.